Selamat datang di Kawasan Penyair Malaysia. Terima kasih atas kunjungan Anda

Minggu, 01 April 2012

Kamal Ishak


Kamal Ishak,lahir 16hb November 1954. Isteri Wan Noor binti Wan Chik dan 2 orang anak. Tahun 1969 menyelesaikan  Sekolah Menengah Abdullah munshi, Pulau Pinang
Penulis skenario (filem dan televisyen), Sutradara Filem dan Televisen, Penyunting Skrip, Penceramah Filem dan Perunding Kreatif Perfileman. Blog yang dikelola
www.bagusfilem.blospot.com dan email kerismadura@yahoo.com
Sedikit latar  Kamal Ishak diusia 57tahun baru berjinak2 dengan menulis puisi. bermula dengan perkenalan teman dari indonesia bernama Acep Sahril dari Inderamayu, kami kekerapan berbual hal-hal mengenai poet. ditambah pula dengan kenalan lama bernama mabul naddin dari sabah yang pernah menghdiahkan Kamal Ishak antoogi puisinya tahun lalu semasa beliau mengikuti bengkel penulisan skrip anjuran Kamal Ishak disaba.semua ini mebangkitkan semangat Kamal Ishak  untuk menceburi bidang ini. Sesungguhnya Kamal sudah menyukai bidang ini dari dulu lagi tapi tiada kesempatan kerana begitu sibuk dengan kerja penulisan skrip dan penyutradaraan.
Kamal mencuba beberapa puisi dan memberi Acep komen serta tunjuk ajar. Puisi Kamal terawal berjudul KITA BERTEMU, DARI JAUH, ANEH NYA, BAWALAH
UNTUK NYA dan KAMPUNG AIR tempat Kamal dan Acep menginap semasa
di sabah. Acep banyak membantu sebenarnya sehinggalah hari ini, Acep masih
menatap poet2 Kamal yang diletakan di facebook setakat ini sudah ada 50 buah
poet2 ditulis oleh Kamal.

KURSUS:
Kearah Penerbitan TV (Iptar)/Pengarahan bersama Ariffin C. Neor (Finas)/Pengarahan bersama Teguh Karya (Finas)/film & Tv Development Philiphines (Cocci)/Script Develompent Singapore (Cocci)/Writing Fir Teleplay with David Istance (Iptar/BBC)/Action & Cut Seminar Cyberjaya.

BIMBING KURSUS/BENGKEL/SEMINAR:
Seminar Potrensi Perfileman Rakan Muda (Finas & Pej Belia Sukan P. Pinang)/'Pengarahan V' AFM (Finas) 1999/Asas Penulisan Skrip (Finas) 2000/Teknik Penulisan Skrip (MAYC)/Ceramah Pembinaan skrip Drama Tv (2PNP)/Kuliah Penulisan skrip Pahang Finas) 2002/Teknik Penulisan Skrip (Finas/AFM) 2002/Penulisan Lakonlayar Pahang, Selangor dan
Kedah (ASK)2003/Kuliah Penulisan skrip Pulau Pinang (Finas)2003/Kuliah Penulisan Skrip (Kris Motion)/Kursus Skrip Finas 2004/Scriptwring & Directing (Tmnet)2004/Bengkel Thingking In Picture (Tmnet) 2005/Asas Penulisan Skrip (Finas) 62-30Mei 2008/Penulisan
Skrip Persatuan Penulis Melaka PENAMA (Finas)22-27Dec2008/Asas Penulisan Skrip Kota Kinabalu (Finas)2009/Penulisan Skrip Doko-Drama (Politeknik Seberang Prai)2009/Bengkel
Penulisan Skrip (UMS)19-21March2010.
Bengkel skrip anjuran empayar Bayu 2011
Bengkel Skrip anj. persatuan belia kreatif sabah, Pitas 2011
Bengkel skrip/acting for camera anj. On Line Production Keningau 2011
Bengkel acting for camera Keningau, 2011
Tuisyen Skrip, Kl 2012
Bengkel Adaptasi Novel ke Skrip, DBP, Kl, 26 ke 28hb feb. 2012
Seminar Kerjaya Perfileman Belakang Tabir smk hulu klang 22hb march 2012

BIKIN FILEM DOKUMENTARI:
Ipoh Bandar Kita (skrip)/LLN AV Presentation (Skrip)/Menegak Syiar Islam Di Bumi Darul
Iman (Skrip & arahan)/Kinabalu Park - TDC ((Arahan)/AV Presentarion Pembanggunan Negeri
Selangor (Skrip)/Promosi Mendaftar Undi (Konsep & pengarah)/Taman Bimbingan Kanak-
Kanak TBK(skrip bersama & pengarah)/Video Klip AADK (Konsep/Storyboard & pengarah)/
Keris National Geographic (Pengarah).
Perkahwinan Melayu Johor anj. Yayasan Johor

MENULIS SKRIP;
Lumpur Di Kuala (Feugo)/Cuti (Camelite)/Tengkujuh (ZSA)/Seri (Maha Gemilang)/Dia (Teletrade)/Emosi (SJ)/Setitis Rindu Buat Wardah (Idris Jani)/Anna (Shahzawan)/Budak
Kampong (Nazir)/Landasan (BNE)/Jangan Hentikan Hujan Itu (BNE)/Landasan II (Multi
Utama)/Tunggu Sekejap (Nizarman)/Tantangan (Nizarman)/Siksa (Nizarman)/Korban (Berjaya)/Terasing (Berjaya)/Buian (Nur Tv)/Ombak Itu (Nur Tv)/Pak Gad (Kris Motion)/
Nur-Ar-Rahman (Rtm).

PENGARAHAN:
Pelari/Penghujung Rindu/Sudut Memori/Penghujung Bayang Ungu/Epal Merah/Jejaka/Cuti/
Setitis Rindu Buat Wardah/Tengkujuh/Alang Kelana/Rahsia Ku/Aku, Isteri Dan Teman/Tugu
Cinta/Budak Kampong/Landasan/Landasan II/Tuhan Sayang Pada Mu/Malam Hikmah/Bingung/Korban/cincang air/Atikah-Bila Rindu Menjadi Jemu/Terasing/Penghujung
Jalan/Demi Anak/Terbang Burung/Sayangku Salmah/Bintang Cilik/Selamat Hari Raya Mansur/Cinta Di Boganvilla/Citra Generasi/Siksa/Tongkat Tok Ali/Malam Haram/Kelab Wayang Gambar/Air Mata Suriati/Permata/Mahar Cinta Mama/Ombak Itu/Misi/Aboi

FILEM;
Cinta Kita (Berjaya Filem)/Penyair Malam (Grand Brilliance)

ZIKRULLAH

Zikir itu penyelamat jiwa
Dari kosong lalu terisi yang lopong
Qolbu pun tersenyum
Martabat diangkat menjadi harum

Mari kita hiburkan lara dengan Zikirullah
Tak perlu harapkan burung untuk sebuah nyanyian
Atau Siti Nurhaliza untuk sebuah dendangan

Hati adalah tempat yang harus dicuci
Bukan dengan sabun
Tapi dengan zikirullah demi

Hu/Hu/Hu/Hu/Hu/Hu/Hu/Hu/Hu/Hu/Hu
Hu Allah/Hu Allah/Hu Allah/Hu Allah
Allah hu/Allah hu/Allah hu/Allah hu

Yang dikatakan zikir itu . . .
Geraklah di bibir
Rentaklah di hati
Senafaslah di qolbu
Antara zat dan sifat bertemu
Sujud menjadi Satu
Sujud yang benar sujud
Wujud yang wajibal wujud
Hu kata Allah
Makrifat kata Muhammad
Awalluddin makrifatullah
Zikir . . . .
Zikir . . . .
Zikirullah


BAHASA ROH

Dengan angin aku berkata-kata
Dengan awan pun jua
Laut, gelombang, ombak dan pantai
Bercakap dengan aku sentiasa

Aku faham bahasa burung
Aku bercakap dengan daun
Tanah, air, api dan angin bercakap dengan ku
Malah bergerak dalam darah daging ku

Aku bercakap seiring zikir
Zikir di qolbu, di hati dan di bibir
Aku bercakap dengan sungai
Walaupun jeram mengarus cemburu

Aku pernah mengusir syaitan
Memenjara tubuhnya berzaman
Memberi amaran demi amaran
Tapi dia tetap syaitan melawan

Aku beri salam pada jin islam
Aku bertempik pada jin kafir
Aku pujuk mereka memelok islam
Tapi mereka diam

Aku bercakap dengan wali
Aku bertegoran dengan tok guru di alam ghaib
Aku becakap dengan hantu
Memberi amaran jangan kacau anak cucu ku
Aku bercakap dengan moyang ku

Semua ku lakukan dengan zikir mu
Bila aku kenal menyeluruh
Lalu aku guna kata-kata
Dalam bahasa roh


BIAR AKU Menjadi IKAN

Senja menerjah kedalam mata mu
Laut melimpah kedalam tubuh mu
Aku terjun ke dasar lubuk mu
Seperti ikan, aku layarkan diri ku

Pasir dasar mu berbaringan untuk penyerahan
Terasak dan rawan
Berahi ku tanpa sempadan
Biar aku menjadi ikan
Yang tak berakhiran . . .


BERmAIN KELAmBU

Bila lagi kita bisa bertemu
Dibawah pelangi rindu
Berkocak telinga nafsu
Dan bebayang pelangi bertukar jadi warna biru
Kita masuk kedalam kelambu

Marah,
Perah,
Bedah,
Serah,
Alangkah indah . . .
Bermain kelambu tak sudah-sudah


AROmA CINTA

Kau bernafas bersama rindu
Aku tahu rahsia mu; rahsia ku
Burung mengirim pesan
Bagai meniup semboyan
Cinta yang nian . . . .
Rindu adalah rahia kita
Sedalam telaga cinta
Ku titip wangin dan setanggi
Pasti tidak dahaga lagi

Bawalah awan merendah
Sejengkal ubun-ubun
meniup zikir rindu
Tusuk dalam qolbu

Aku rindu pada telaga
Juga rindu pada timba emas
Yang menakungkan air cinta
Ditabur mawar dan teratai wangi
Pada aroma cinta kami

Aku bernafas bersama rindu
Kau pun tahu rahsia ku; rahsia mu
Bersama zat dan sifat
Kita bersatu


AKU TIDAK MAU MENGENAL WAKTU

Aku tidak mau mengenal waktu
Kerana ruang mencintai mu tiada batasan
Sukar bagiku menghitung waktu cinta
Dari daksina ke paksina
Dari musim ke musim
Sebab itu aku benci mengenal waktu

Waktu selalu menjadi penghalang
Rindu kita bias berpindah mengikut putarannya
Kalau dia mati, cinta kita terhenti

Aku tidak mau memperjudikan waktu
Demi mencari baying mu yang tenggelam
Didasar lautan yang tiada berwaktu
Di angkasa lepas yang waktunya tiada menentu
Didalam batu pun matinya waktu
Merek jenis cemburu

Sukar bagiku menhitung waktu
Sebab itu aku tidak mau mengenal waktu


ISYARAT SENJA

Cahaya yang menyelimuti mu cuma sementara
Pabila senja bergema
Siang akan di tandang malam

Marilah kita sunat tahajud
Ufukkan lah sunat istikhorah
Bersujudlah pada sunat taubah
Biar berjam-jam berahsia lamanya

Kita akan dekat
Sememangnya kita semakin rapat
Senja memberi isyara


RImBA mImPI

Aku tidak sunyi malam ini
Bila kau lagukan syair Siti Zubaidah
Hayal dalam petak mimpi
Syahdunya berpuisi

Poet mu penuh dengan kata cinta
Luahan seluruh belaian jiwa

Kita berpelokan
Sambil melihat seekor kupu2 bertandang
Membongkar rahsia kita
Yang kerinduan sukma
Telah lama mengabadikan cinta
Seperti Siti Zubaidah
Dalam rimba mimpi
Syahdunya puisi




Minggu, 24 April 2011

Rosmiaty Shaari


Rosmiaty Shaari lahir pada 25 Mei 1961 di Teluk Intan, Perak, Malaysia. Mendapat pendidikan hingga memperolehi Sijil Tinggi Persekolahan. Mengikuti Pengjian Seni Kreatif di Universiti Sains Malaysia tahun 1983/84. Pernah menjadi Editor di Teks Publishing/Singamal Publishing (1985-1989), Editor di Marwilis Publisher (1990-1994), Free Lance Editor bagi Flo Enterprise, Penerbit Karyawan, Penerbit S. Abdul Majeed dan Penerbitan Murni hingga kini.

Antara karya yang telah diterbitkan ialah antologi cerpen persendirian 'Malam Seribu Malam' (Teks Publishing,1988), antologi cerpen bersama 'Mannequin' (Kerajaan Negeri Selangor, 1986', kumpulan puisi bersama 'Temoh Tasik Kenangan' (Karyawan Perak, 2010), kumpulan puisi bersama 'Kampung Bandar Dalam' (2010), kumpulan puisi bersama 'KEMALA - Meditasi Dampak 70' (Insandi, 2011). Karya-karya beliau turut dimuatkan di majalah Dewan Sastera, Dewan Pelajar, Jelita, akhbar Minggun Malaysia, Berita Minggu, Siasah dan lain-lain. Kini sedang menyiapkan kumpulan puisi perseorangannya berjudul 'Sekecil Zarah'.


Hikayat Sebuah Mimpi

dia mengecil dalam kelodak zarah
terapungapung antara debu yang menyapu mimpi
minda yang semakin terbelenggu
membengkak ditikam lok tujuh kerisnya sendiri
yang disepuh racun ular kepala tujuh -

terbangnya bersayap emas
menjalarnya senyap menyusur akar beringin
nafasnya desis boragas
bisanya tak menyatu urat dengan darah
seksanya tidak membunuh riwayat
hidupnya tidak berlandaskan adat
ia bersembunyi di lembah keramat

meskipun perit mengusung riwayat
bermusim-musim mengumpul hikayat
yang tersimpan dicari
yang terbenam digali
dia belum juga mati
meski gendang perang berbunyi
dan perang pun berhenti

bila celik matanya
hukum syarak teguh berdiri
bersendikan tiang adat
dia kembali mentafsir mimpi....

23/03/2011
melaka


Nyanyi Burung Sintar

(buat adik Saiful Syazani, yang telah pergi...)

angin pagi tiba-tiba berhenti
mendengar nyanyi sintar
mengais kelopak tanah basah
wanginya, aduhai...
bangkit nafasku antara sayu dan kecundang
tanah merah ini belum kering
meski hijau anak rumput mulai merecup
tak henti bertasbih, subhanallah...
gugur kemboja putih
antara flamboyant merah berdarah
tanah yang masih basah
engkau di situ
didakap sunyi
sesekali terdengar alun getar surah
sayup-sayup cahaya berkaca
dan nyanyi burung sintar
yang tak pernah letih
menemanimu tak jemu zikir....

14042011
melaka

Selasa, 19 April 2011

Dewi Penyair


Dewi dengan nama pena Dewi Penyair
Aktif menulis puisi sejak tahun 1996. Karya-karyanya telah diterbitkan dalam antologi puisi: "Dewi Penghitung Bintang" (1997) , "Tetesan Sunyi Sang Bulan" (1998), "Coretan Embun Pagi" (2002), "Tangis dan Doa Setetes Darah" (2004), "Hawa"(2008).





RITMA JANTUNG KALI INI

ritma jantung kali ini mencepat lebih dari biasanya
saat engkau bicara rasa yang riuh gemuruh dalam dada
menjadikan malam-malam tak mampu didera kantuk
seolah bertalu-talu saat mau bertemu

kata hati menjelma jadi nada-nada tidak biasanya
mimpi dan igauan terus cerita tentang semuamu
duhai engkau
sungguh merimbun rasa ini
membangkitkan segala aroma yang membuatku
mabuk!

( StDay,12 March 2011 )


SEMOGA SELAMANYA AKU

ingatan siang malammu
semoga selamanya aku

demikian aku mau
engkau hidup untuk satu wajah
tiada berpaling

( Maitri, 29 January 2011 )


RINDU HANGAT BIBIRMU

rindu hangat peluk
yang menjadikan malam serupa sorga
bertabur cahaya bintang dan suara senyap malam
seolah berdua saja yang bernyawa

kita bicara tanpa bahasa
habiskan cerita dalam gerak
seperti keindahan malam kota
yang tak cukup terkata dengan kata-kata
dari hangat bibirmu

( CanangaRegency, 29 Desember 2010 )

Selasa, 14 September 2010

Akmal Jiwa



Nama lengkapnya Ahmad Kamal Abdullah. Lahir di Gombak Selangor 30 Januari. Terdidik di Sekolah Melayu, Agama dan Inggeris. Lepasan Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim. Ijazah pertama dan kedua daripada USM Pulau Pinang (1975, 1984) Ijazah Doktor Falsafah (Persuratan Melayu), UKM (Julai 2000). Menerima Diploma Pengurusan (Makati, Filipina, 1990). Sebagai Fellow University of Iowa, USA (1993). Berkhidmat sebagai Guru (1963-1968) di Kuala Kubu Baharu, Tanjung Karang, Teluk Gong, Pelabuhan Kelang. (Mac 1968) Mula bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka sebagai Penyunting. Kemudian sebagai Redaksi majalah Dewan Pelajar, Dewan Sastra. Jawatan terakhir sebagai Ketua Bahagian Kesusasteraan Bandingan di Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. Pensyarah Penulisan Kreatif (Puisi dan Fiksi) di UM (1991,2005). Kini beliau Sarjana Tamu di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia, Serdang Selangor (Mei 2008- ). 1955- Cerita "Pengembaraan Ahmad" memenangi Hadiah mingguan Hiburan Kanak-Kanak.
1971: Hadiah Utama Skrip terbaik Drama "Malam Perhitungan" daripada Majlis Drama Malaysia. Antara 1972-1986 Hadiah Karya Sastera/Hadiah Sastera Malaysia untuk puisi, cerpen dan esei. 1986 - Hadiah Maal Hijrah Jabatan Perdana Menteri untuk cerpen "Masjid". Tahun 1995,1999 dan 2000 Hadiah Sastera Perdana untuk Kumpulan Puisi Titir Zikir dan MIM dan Esei "Surealisme dlm Puisi T.Alias Taib dan WS Merwin".2002 - Anugerah Pujangga daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim, PerakDarul Ridhwan.
Tahun 2003-2006 menerima Hadiah Utama Esei dan Puisi Hadiah Sastera Utusan-Exxon. Tahun 1986 -SEA Write Award Thailand. Pada tahun 2005 menerima Anugerah Tokoh Sasterawan Selangor. Pada tahun 2006 menerima Anugerah Abdul Rahman Auf sempena Maal Hijrah 1427 Hijrah. Pada tahun 2008 menerima Hadiah Sastera Perdana untuk puisi "Sejambak Bunga Karang Tsunami" dan esei "Usman Awang dan Chen Haosu: Dua penyair Agung Melayu dan China". Jan. 1971 - Sebagai redaksi Dewan Sastra Julai 1971 - Hari Puisi Malaysia pertama (Melaka) 1972 - Hari Sastera Malaysia pertama (Kota Baru, Kelantan) 1976 - Peserta Pertemuan Sastrawan Indonesia, TIM. 1978- Puisi Asean, Dewan Kesenian Jakarta, TIM. Tahun 1983 Peserta Apresiasi Puisi Puncak (APPA) Bali: Kuta, Toyabungkah, Ubud.
Tahun 1986- Festival Puisi Macedonia, Yugoslavia, Baca Puisi Hankuk Univ. Seoul, Korea. Baca Puisi di Foreign Studies, Tokyo. Menerima SEA Write Award Thailand. Menerima AMN (Ahli Mangku Negara) daripada Kerajaan Malaysia. Memprakarsai Festival Pengucapan Puisi Dunia KL 1, 1986 -
Pada tahun 1989 Kunjungan dan Baca Puisi di Moskow, Paris, Leiden, London, Koln, St Petersberg. Wawancara dengan orientalis sastera Melayu- Indonesia di Eropah: hasil wawancara terbit buku Sampana (DBP).
Kunjungan ke Aceh, Medan, Makassar, Pekanbaru dan Palembang - mewawancarai sarjana Melayu- Indonesia (lihat buku REAKSI, DBP).
Pada tahun 1991- Menunaikan fardhu Haji. Tahun yang sama mengajar Penulisan Puisi di Universiti Malaya: mengadakan Praktikum pelajar seni kreatif pada persembahan "Malam Pelabuhan Putih" di Pasar Seni, Kuala Lumpur.
Pada tahun 1992 Menubuhkan Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia (PKBM) di Dewan Bahasa dan Pustaka Seminar Sastera Bandingan di Universiti Hong Kong. Menyampaikan kertas kerja "The X Factor in translation of Meditasi (Meditation)" ikut membaca puisi "Coral" dan "Emmamalia".
Pada tahun ini menyampaikan kertas kerja "Pengaruh Tagore dan Kabir Ke atas Penyair Melayu di Malaysia" pada Seminar Sastera Bandingan di Aayoma University, Tokyo.
Mengunjungi Modern Japanese Art Centre Itami. Kali pertma menonton "Kabuki" "Noh" dan "Butoh" di Itami dan Tokyo.
Pada tahun 1993 Persatuan Kesusasteraan Bandingan Malaysia (PKBM/MCLA) disahkan pendaftarannya dipilih sebaai Presiden. Pada tahun ini mengikuti program IWP, di University of Iowa, AS dengan projek khusus menulis kumpulan puisi "Mikraj" (berubah menjadi MIM).
Mengikuti kuliah bahasa Inggeris daripada Professor Clarke Blaise, pengarah IWP. Clarke berasal dari Kanada adalah suami kepada pengarang wanita India terkenal Bharatee Mukherjee. Bukunya Jasmine, The Middleman and Other Stories (the National Book Critics Award-1989), Behold The World dan Leave It To Me.
Pada tahun 1995 dilantik Ketua Bahagian Kesusasteraan Bandingan, Dewan Bahasa dan Pustaka. Sebagai peserta Baca Puisi Istiqlal, Jakarta. Menerima Darjah Ksatria Mangku Negara (KMN); peserta KL World Poetry Reading, membaca di KL dan Johor Bahru. Pada tahun 1996 dilantik sebagai Pengerusi Masjid Abdul Rahman bin Auf, Jalan Puchong, KL. Tahun 1998 Peserta Bosnia Poetry Days membaca di Sarajevo dan Mostar.
Pada tahun Julai 2000 Menerima ijazah Doktor Falsafah (Persuratan Melayu -UKM) dengan disertasi "Simbolisme Dalam Puisi Islam di Malaysia 1979-1990"
-Menerima Hadiah Sastera Perdana untuk Esei "Surealisme Dalam puisi T.S Alias Taib dan WS Merwin" (Merwin pernah saya temui di Iowa 1993). Menerima Hadiah Utama - Hadiah Sastera Utusan-Exxon untuk esei dan Puisi; menerima Hadiah Sastera Perdana 2003-2004 untuk puisi "Sejambak Bunga Karang Tsunami" dan "Dua Penyair Agung Melayu dan China".
-Menyampaikan kk "Masa depan Puisi Islam" pada Hari Puisi Malaysia di Senik Resort, Langkawi (2000).
Pada tahun 2001 menerima Darjah DPMS (Dato' Paduka Mahkota Selangor); menganjurkan Seminar Kesusasteraan Bandingan: Antara Selangor dan Malaysia dengan pembentangan kk dan Baca Puisi Syah Alam.
Pada Hari Puisi Malaysia di Selangor 2004 menulis kk "Sumbangan sasterawan Selangor"dan membaca puisi di Hari Puisi Nasional di Shah Alam.
Pada tahun 2005 menerima Anugerah Budayawan Selangor: Tokoh Sasterawan Negeri Selangor Darul Ehsan.
Tahun 2006 sebagai Panelis Meja Bundar Nasib Sekolah Kebangsaan Biro Tata Negara di Putra Jaya.
GLE, SEE, JASTVO I ZRCALO dlm. Lana Derkac. Davor Salat. 2006. Kairos in Zagreb. Croatian: Zagreb.
Dilantik Panel Kebudayaan dan Islam Hadhari, dalam Seminar Islam Hadhari anjuran PNB di Mines Resort.
Menganjurkan Baca Puisi Maal Hijrah Datuk A.Samad Said, Dr Firdaus Abdullah, Datuk Aziz Deraman, Mokhtar Yassin, Tan Sri Hamad Kama Piah di Masjid Abdul Rahman 'Auf.
Pengerusi Seminar Kesusasteraan Bandingan Antarabangsa "Kesusasteraan Klasik Sebagai Sastera Agung Melayu Landas Kepada Kesusasteraan Moden Melayu".
Pada tahun 2007 Koordinator-editor proyek "Mengabdi-Melestari" PNB.
2007 - Menganalisis buku "Garis" Wina SW1, Menganalisis "Relijiusitas Sutardji Calzoum Bachri" Membaca puisi "Walau" SCB di Wisma Graha Budaya, DKJ.
Menyampaikan kk "Kesederhanaan Baru Dalam Seni Baca Puisi di Malaysia" di DBP.
"KELONGSONG" oleh Kemala dlm. Amilah Ab. Rahman. (peny.) 2007. Antologi Drama Asean: Malaysia. Kuala Lumpur: DBP.
Tahun 2008 - Menghadiri 55 tahun Taufiq Ismail dalam Kesusasteraan Indonesia bersama Mawar Rambat moderator milis dato_kemala@yahoogroups.com . "Apa pendapat anda ttg Taufiq Ismail?" itu tajuk yang diajukan oleh TVRI kepada saya (lihat Maklumat sisi e.sastrawan - Elang).
Wah penerbitan puisi, esei dan lirik lagu Taufiq Ismail bersifat mewah!
Menyampaikan kk "Kesusasteraan Malaysia: Jalan Ke Danau Berkilau" di Universitas Islam Kadiri, Kediri, Surabaya Indonesia.
Pengerusi Seminar SN Dato (Dr) Usman Awang (12 Julai 2008) Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM: Ikut menyampaikan kertas "Kematian dan Sahsiah Dalam Cerpen "Harga Hidup" dan Rimbaku Airmata".
2008 - Menulis dan menyampaikan kk "Penyair Melayu dan Pemantapan Peradaban di Malaysia", di Aswara (2008). Baca Puisi "Balada Kambing Gurun" di Aswara.
2008 - Menyampaikan kertas kerja "Sebuah Perjalanan Rohaniah Bahasa dan Sastera Melayu:Pemerkasaan atau Pemerkosaan?" pada seminar bahasa Melayu Anatarabangsa di FBMK, UPM.
2008 - Sebagai peserta Seminar Internasional Penyair Pribumi" anjuran Jabatan Warisan Kekwa di Miri Sarawak.
Puisi "Syurga Ke Sembilan" terinspirasi dari pengalaman masuk dua kali Gua Niah (Nov. 2008). Puisi ini dimuatkan dalam album Baca Puisi itu dengan judul yang sama akan terbit.
"Karang" dlm Maria Emilia Irmler. Danny Susanto. 2008. Antologia De Poeticas. Jakarta : Gramedia.
2008 - "Rencong: suara perlawanan dan neo-dinamisme" (pengantar) dalam Fikar W.Eda. Rencong. Jakarta: KASUHA.
2009 - Terbit album Baca Puisi (16puisi+3 lagu puisi) dan buku puisi Syurga ke Sembilan" terbitan Insandi.
2009 - Antologi puisi penyair Nusantara MUSIBAH GEMPA PADANG. ed. Ahmad Khamal Abdullah. (Kuala Lumpur: Masjid Abdul Rahman 'Auf & esastera). Tiga puisi oleh Kemala, "Mengantar Rasa Pilu dengan puisi pandak ranah Minang kami", "Antara Padang dan Pariaman", dan "Dialog Merapi dan Singgalang".
2009 - antologi puisi Ekspresi, ed. Ahmad Kamal Abdullah & Lim Swee Tin. (Serdang: FBKM, UPM). 8 puisi oleh Kemala, "Dari makna sebuah wibawa", "Doa", "Menyembelih nafsu", "Tank-tank waja bangsa pengecut", "Namaku Obama: surat turus untuk amerika dan palestin", "Ah pbb, kau masih menggantung diri di awan kelabu" dan "siapa sanggup".
2009 - antologi 30 puisi 30 penyair Mengabdi Melestari, ed. Ahmad Kamal Abdullah. (Kuala Lumpur: PNB). puisi oleh Kemala "Mengasuh Bibit Tumbuh Pohon Wibawa".
2009 - antologi Puisi Agenda Melayu. ed. Yahya Mat Hassan. Zainal Mohd. Jais. (Kuala Lumpur: Yayasan Kajian & Strategi Melayu (YKSM). Puisi oleh Kemala: "Teluk Gong", "Tragedi Sekolah Kebangsaan", "Buah Hasrat", "Kain Songket Tenunan Melayu", dan "Surat Wasiat".
2010 - Simbolisme dalam puisi Islam di Malaysia (Kuala Lumpur: DBP 2010)
Penerbitan
PUISI: Timbang Terima (1970); Meditasi (1972) ERA (1975) Kaktuskaktus (1976) 'Ayn (1981, 1983) Pelabuhan Putih (1989) Titir Zikir (1995) MIM (1999) Ziarah Tanah Kudup (2006), Syurga ke Sembilan (Insandi, 2009).
Album Baca Puisi Syurga ke Sembilan dengan 16 puisi dan 3 Lagu Puisi (Insandi 2009).
CERPEN: Anasir (Tratra) Firuzia, Firuzia (Horizon); catatan: sebahagian besar cerpen tersiar di Dewan Sastera, Mingguan Malaysia sedang dikumpulkan dan akan dibukukan. Juga akan terbit "Laut Takjub" 25 cerpen pilihan Kemala, Insaya Allah dalam tahun ini.
DRAMA Malam Perhitungan (Dewan Bahasa) Anna (Dewan Sastera/Drama Tiga Zaman) Di Bumi Lain/In Another World (DBP), Kelongsong (Dewan Sastera).
TERJEMAHAN:Meditation and Other Poems (in English by Nancy Nanney and others); 'AYN: Poems of Faith (terj. Hafiz Ariff (Harry Aveling); Sebahagian MIM (dlm Russia oleh Dr. Victor Pogadaev). Dalam Benggali (terj. Aminur Rahman); Dalam Pcis oleh Dr. Monique Z-Lajoubert. Dalam Jerman oleh Dr. Merry Lapasau. Terjemahan puisi dalam Tamil, China, Romania, Arab, Spanyol, Nepal, Macedonia. Croatian, Korea, dll tersebar dalam jurnal, akhbar dan antologi.
KAJIAN, ESEI/KRITIKAN: Puisi-puisi Nusantara (1981), Gagasan (1990) Kesenian Islam (1988), Glosari Istilah Kesusasteraan (1988) GEJALA: Esei dan Kritikan Puisi Melayu Moden 1955- 1986 (DBP 1989); Puisi Macedonia (editor dan pengantar, 1990); Sejarah Kesusasteraan Melayu Moden Jil.11 (Bersama, 1992); Unsur-unsur Islam Dalam Puisi Melayu Moden (1988) Puisi Melayu Baharu 1962-1986 (Bersama, 1988); Kumpulan Puisi Melayu Modern (dwi bahasa-1988), Kesusasteraan Bandingan Dalam Perbincangan (1994). "Simbolisme Dalam Puisi Islam di Malaysia 1970-1990" (disertasi Doktor Falsafah, UKM -bakal terbit)
catatan
Esei dan Kajian/kritikan saya banyak terkumpul dalam antologi bersama tentang Usman Awang, ulasan puisi dalam Dewan Sastera sedang dikumpulkan, begitu juga kuliah penulisan kreatif puisi dan fiksi sedang saya himpunkan dan terbitkan. Disertasi saya sudah bertahun di DBP, belum terbit lagi. Sebuah catatan kecil: saya baru sahaja menyelesaikan penulisan "Seribu Pantun Puitis" semoga ia dapat diterbitkan pada tahun hadapan. Insya Allah.

Puisi-Puisinya antara lain :

DI PINTU MASUK HUTAN LIPOR SOGNI-SAN

Masih ku kenangi
sungai kecil itu, airnya menderas laju
di jeram curam
di pintu masuk hutan lipor Sogni-san
derau menggerebak musik air
di celah-celah batu - ikan-ikan kecil
meloncat, meloncat melawan
arus deras, tak henti-henti
tafakurku dengan lakon ini
"Akmal, masih separuh lagi.."
kau sudah mau 'nyambung lagi
membelah hutan lipor itu
aku pada asyik menatap
telatah ikan-ikan kecil
meloncat, meloncat
menantang arus
tak tau jemu tak kenal istirah .
Di bangku tunggu itu
seolah aku sudah merebutmu
dan kini (aku) bakal kembali lagi
merawat disertasiku - terbengkalai
buntu. seperti ikan-ikan kecil itu
aku akan menantang arus
meloncat, meloncat
dan terus menongkah derau ngeri ini.
menemukanmu, satu
mendekap ilmu dan mencumbu
menjadi monumen kukuh, lagi satu
bagi setiap jiwa yang hidup.
Seperti ikan-ikan kecil itu
aku akan meloncat, meloncat
memperolehmu, ini tak bermakna
aku menemui noktah.

Aduh, wawasan ikan-ikan kecil
di pintu masuk hutan lipor
Sogni-san
sungai mengalir deras
di curam jeram
memacu batu-batu, namun
ikan-ikan itu masih meloncat.
Bahasa Hutan
29 Disember 2008



Bahasa Hutan

kata pohon ketapang
"takdir apa membawamu ke mari?"
purnama waktu mencumbumu
hasrat penyair menyisir rindu."
kata rotan dan manau
"lilitan zaman melingkari
duri dan tanda membekas di tubuh
adakah yang menanti
dalam tak menanti?"
banir cantik pohon ipoh
mengalir isyarat
mau membunuh
dan kata yang melepuh
keluh memumpung
seru dan madah
menanti jenuh
sering lanting sahutan ungka
ini jalan selamat
dalam samar senja muda
"hanya ada satu rindu
di bongkah kalbu
hanya ada satu cumbu
di debar dadamu!"
pohon manggis hutan
menunggu musim panen
gersang menjulang, namun
cinta menggalang
sekerdip cahaya
sekudup cinta
hanya satu kasih yang sakti
hanya sekudup rindu wangi!"
aku menggelinjang peri
mengenang
telanjang kata
bahasa hutan
di bayang diri.



Dalam Perahu Senja


Selepas berayun-ayun dalam gondola
kami merebut tempat di perahu senja
di depan kami laut.
"itupun lembayung cantik dan laut mengemilau, Dik"
Tangan kami berpanca.
Inikah cinta?
Kami, puisi. Puisi, kami.
Aku membaca bait "Laut"
"gadis cantik tidur di peraduannya.
Sisik-sisik riak di tubuhku, lukisan detik dan tarian angin.."
Kau meremas tanganku.
Matamu berkilau.
Dan kecipak dayung, darahku menggemerau..
"Apakah malam ini bersusun lagu? Maka hilang ragu dan meranum cumbu?"
Lampu-lampu pesisir bagai bunga semarak hati
tapak-tapak kami mencari sanggar kasih.
"Sungguh telah ranum buah rindu, menanti tangan berani memetikmu.."
Kau lihat kilat sahih di binar puisiku? Lindap senyap arti.

peedee, Indonesia - Akhir Maret 2008



QASIDAH PELANGI UNGU


Prisma Pelangi Ungu
Enam purnama mencumbuku.

Bayu dari Kutub Utara
Membawa bunga takbernama.

"Untuk penyair yang pernah tersihir!"
Aku membuka kudup takdir.

Mumpung kelopkanya gugur di senja walang
Siapa membaca natijah dengan mata nyalang?

Prisma Pelangi Ungu
Selepas enam purnama mencumbuku.

Kudup mulai membuka kelopak mulusnya
Aku membaca garis-garis memendar cahaya.

Kelopak mulai disentuh pijar matahari
halloo! Ku belajar mengeja nama-nama baru.

Qasidah Pelangi Ungu
Mencatat aksara rindu di dadaku.

Kuala Lumpur Nov, 24, 2008



V i o l e t S a r o j a

Merah darah kesumba warna langit sejagat
merah darah kesumba menindih niat jahat.

Cinta tersobek tujuh pecahpecah menggejala.

Langit sejagat ahoi membayangbayang di pundak puisi
“Ambillah nafasmu di kilatan magnet nafsu!”

Sekali ini cinta syahid terkesima di lidah bulan.

Violet saroja kusambut di ujung kerling mata subuh
selangit pagi meredup kudup mawar mengendap geruh.

“Manatah sahih kasih membelai bulan putih?”

Merah darah kesumba warna langit sejagat
merah darah kesumba dengan lagu mudarat.

Adapun bias rindu membiru dihunjam pilu.

2010

Jumat, 02 April 2010

Muhammad bin Haji Salleh




Tarikh Lahir : 26 Mac 1942 di Taiping, Perak Darul Ridzuan.
Alamat : 254, Jalan 6, Taman Sekamat, 43000 Kajang, Selangor Darul Ehsan.
Muhammad bin Haji Salleh hanya mula dikenali umum di tanah air sebagai penulis pada akhir tahun 1960-an meskipun beliau sebenarnya telah menulis lebih awal lagi. Beliau banyak menghabiskan usianya di luar negara dan mula menulis puisi yang kebanyakannya dalam bahasa Inggeris. Bila kembali ke tanah air puisi-puisi beliau mendapat perhatian para pengkritik
Beliau mula menulis semenjak di Maktab Perguruan Tanah Melayu di Brinsford Lodge, England, pada tahun 1963. Oleh sebab latar belakang persekolahannya yang hampir pada bahasa dan kesusasteraan Melayu dan Inggeris, maka beliau menulis dalam kedua-dua bahasa itu. Sajak-sajaknya dalam bahasa Inggeris banyak dipengaruhi oleh T.S. Eliot dan W.H. Auden yang diminatinya pada waktu itu.
Muhammad Haji Salleh mendapat pendidikan awal di High School Bukit Mertajam dan Maktab Melayu Kuala Kangsar. Kemudian melanjutkan pelajarannya ke Malayan Teachers College, Brinsford Lodge, England. Beliau memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera di Universiti Malaya (Singapura), ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Malaya dalam tahun 1970 dan ijazah Ph.D. dari Universiti Michigan, Amerika Syarikat dalam tahun 1973. Dalam tahun 1977, beliau pernah dilantik sebagai Profesor Tamu di bawah rancangan Fulbright-Hays dan mengajar di North Carolina State University, Raleigh, Amerika Syarikat. Muhammad Haji Salleh pernah bertugas sebagai pensyarah di Jabatan Persuratan Melayu dan pernah menjadi Timbalan Dekan Fakulti Sains Kemasyarakatan dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pengarah Institut Bahasa, Kebudayaan Kesusasteraan Melayu. Pada tahun 1978, beliau dilantik menjadi Profesor Kesusasteraan sewaktu berusia 36 tahun. Pada tahun 1977 – 1978, Muhammad menjadi Profesor Pelawat, di North Carolina State University, Raleigh, North Carolina, Amerika Syarikat; menjadi “Asian Scholar in Residence” di University Michigan. Dalam tahun 1992-1993, beliau dipilih menjadi Fullbright Visiting Reseacher, di University of California, Berkeley, dan seterusnya menyandang Kerusi Pengajian Melayu di Universiti Leiden, Netherlands, dari tahun 1993-1994.
Ketokohan Muhammad Haji Salleh dalam dunia penulisan puisi Melayu moden begitu dirasakan oleh para peminat sastera tanah air apabila karya-karyanya, terutamanya puisi, mendapat perhatian bukan sahaja oleh Panel Hadiah Karya Sastera tanah air bahkan setelah beliau memenangi “Hadiah Sastera Asean” di Jakarta. Sejak tahun 1971, beberapa buah puisinya telah memenangi Hadiah Karya Sastera dan kemudiannya dalam tahun 1977, Muhammad menerima Hadiah Sastera Asean bahagian puisi dengan kumpulan puisi beliau Perjalanan Si Tenggang II.
Bagi Muhammad, puisi adalah suatu bentuk sastera yang kental dengan muzik bahasa dan kebijaksanaan penyair dan tradisinya. Sebuah puisi atau pantun adalah susunan muzik bahasa yang mengindahkan bahasa itu serta juga pembacaan oleh pendengaran. Beliau bersetuju dengan definisi Robert Frost, seorang penyair Amerika, bahawa puisi ialah sesuatu yang setelah kita membacanya kita menjadi lebih bijaksana. Para penyair menolong menyedarkan kita kepada masalah kita bersama malah mendefinisikan masalah penting supaya kita benar-benar dapat menyelesaikannya.
Amat jelas bahawa tema puisi Muhammad pada umumnya lebih banyak memaparkan masalah-masalah bersama, masalah eksistensi individu yang berhadapan dengan kehidupan kekotaan. Bangunan-bangunan tinggi, teknologi moden, motokar, lampu neon bukan menjadi teman tetapi merupakan objek yang ditentang dan diperhitungkan melalui sesuatu moral-judgement (kemelayuan atau kemanusiaan sejagat). Kehidupan kekotaan yang bobrok dan persekitaran yang seperti ini ditentang oleh otak, akal dan pegangan. Demikian puisi-puisi beliau lebih menekankan pemikiran daripada perasaan. Sikap dan fikiran beliau tercermin kepada bentuk puisi yang padat dan kata-kata yang kurang mengandungi emosi.
Beliau secara sedar berusaha menggunakan bahasa yang tidak biasa dipakai oleh penyair lain. Kerana itu terdapat pembentukan ungkapan-ungkapan baru untuk memberikan ketepatan dan ketajaman makna dalam puisi-puisi beliau. Namun dalam ungkapan yang baru dan asli itu, kadang-kadang terasa terlalu asing pula pengucapannya, dan hal ini mungkin juga akibat pengaruh kesusasteraan dunia yang pernah menjadi kajian dan pengalaman beliau selama ini.
Muhammad Haji Salleh meminati penyair-penyair Chairil, Subagio Sastrowardojo (Indonesia) dan pada satu ketika juga meminati T.S. Eliot dan Pablo Neruda. Beliau meminati sastera dari Barat bukan sahaja kerana terdapatnya keragaman tetapi juga kerana di Barat sastera kerana terdapatnya keragaman tetapi juga kerana di Barat sastera sudah menjadi sebahagian daripada ilmu tentang manusia dengan falsafah, psikologi dan sebagainya. Yang lebih menarik minat beliau ialah sastera Barat itu mengandungi eksperimen-eksperimen yang pelbagai yang cuba mencari stail yang sempurna untuk ekspresi yang tepat. Itulah antara unsur-unsur Barat yang diperhatikannya.
Muhammad telah menerbitkan lapan buah kumpulan puisi perseorangan di samping puisi yang terbit dalam kumpulan bersama. Kumpulan puisi beliau, Sajak-sajak Pendatang bukan saja sejumlah puisi yang dicipta sewaktu beliau mengembara di luar tanah air malah ia merupakan satu kumpulan puisi yang kukuh, berbeza daripada puisi-puisi yang dicipta oleh penyair yang sebelum dan sezaman dengan beliau. Panel Hakim Karya Sastera telah memilih Buku Perjalanan Si Tenggang II sebagai kumpulan puisi Muhammad yang terbaik bagi tahun 1975. Kumpulan ini dikatakan dengan jelas memperlihatkan bukan saja stail dan peribadi penyair, bahkan konsep puisi yang secara tegas mengelak daripada ungkapan romantik dengan menggunakan kata-kata secara tepat, fungsional dan berkesan.
Sebagai penyair yang menulis dalam bahasa Melayu dan Inggeris, Muhammad mempunyai kekuatan bahasa yang dapat dan mampu menterjemahkan puisi-puisi Melayu ke dalam bahasa Inggeris. Beliau adalah salah seorang penterjemah kesusasteraan yang penting yang telah banyak menterjemah puisi Melayu ke dalam bahasa Inggeris. Malah beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Penterjemah Malaysia dari tahun 1978 hingga tahun 1982. Dan kerana kegiatan kreatif dan ilmunya dalam kajian kesusasteraan, beliau pernah menjadi sidang editor jurnal Tenggara, anggota Lembaga Pengelola Dewan Bahasa dan Pustaka, dan anggota Panel Anugerah Sastera Negara.
Demikianlah Muhammad Haji Salleh sebagai sasterawan yang juga ahli akademik yang dihormati telah memainkan peranan penting dalam dunia kesusasteraan Melayu. Dalam banyak pertemuan penulis yang dihadirinya dan kertas-kertas kerja yang dibentangkannya, Muhammad banyak sekali memberikan perhatian tentang teori-teori sastera dalam hubungannya dengan kesusasteraan Melayu.
Bercakap tentang puisi-puisi yang dihasilkannya, puisi-puisinya selalu dihubungkan dengan intelektualisme, idea dan pemikiran yang cukup serius. Muhammad melihat kehidupan dengan sikap intelektual seorang pencari dan pemikir. Sebagai seorang penyair yang rajin bereksperimen dan mencari bentuk-bentuk baru yang lebih kuat, Muhammad sejak akhir-akhir ini banyak menghasilkan puisi yang didasarkan daripada buku Sejarah Melayu. Puisi-puisi tersebut dapat diikuti dalam bukunya Sajak-sajak dari Sejarah Melayu yang telah diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1981.
Muhammad telah terpilih menjadi Sasterawan Negara dalam tahun 1991; dan menerima anugerah S.E.A. Write Awards di Bangkok dalam tahun 1997. Kini Muhammad adalah Pengarah, Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia.
KARYA
Puisi :
Himpunan Sajak (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1969, 139 hlm.; Sajak-sajak Pendatang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1973, 62 hlm.; Buku Perjalanan Si Tenggang II, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1975, 74 hlm.; Ini Juga Duniaku, Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd., 1977, 83 hlm.; Times and Its people, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd., 1978, 80 hlm.; The Travel Journals of Si Tenggang II, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1979, 72 hlm.; Pilihan Puisi Baru Malaysia – Indonesia (Peny.), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 314 hlm.; Puisi-puisi Nusantara (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 294 hlm.; Sajak-sajak dari Sejarah Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka 1981, 88 hlm.; Tinta Pena (antologi bersama), Kuala Lumpur: PENA, 1981, 631 hlm.; Dari Seberang Diri, Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1982, 70 hlm.; Antologi Puisi ASEAN (antologi bersama), Denpasar: Yayasan Sanggar Seniman Muda Bali, 1983, 85 hlm.; Lagu Kehidupan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983, 302 hlm.; Bintang Mengerdip (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 75 hlm.; 100 Sajak Malaysia (antologi bersama), Kuala Lumpur. Tra-Tra Publishing & Trading Sdn. Bhd., 1984, 141 hlm.; Bunga Gerimis (antologi bersama), Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 132 hlm.; Puisirama Merdeka (antologi bersama), Kuala Lumpur: PENA, 1986, 141 hlm.; Kumpulan Puisi Malaysia/Malaysian Poetry 1975-1985 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaia, 1988, 167 hlm.; Puisi Baharu Melayu 1961 – 1986 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1990, 941 hlm.; Suara Rasa (Voice From Within) (antologi bersama), Kuala Lumpur: Maybank, 1993, 228 hlm.; Beyond the Archipelago, Athens: Center of International Studies, Ohio University, 1995, 243 hlm.; Rupa Kata (antologi bersama), Ipoh: Yayasan Kesenian Perak, 1996, 122 hlm.; Sebuah Unggun di Tepi Danau, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1996, 259 hlm.
Kajian :
Tradition and Change in Contemporary Malay-Indonesian Poetry, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia, 1977, 190 hlm.; Selection from Contemporary Malaysian Poetry (Peny.), Kuala Lumpur: Penerbitan Universiti Malaya, 1978, 118 hlm.; Pengalaman Puisi, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1984, 85 hlm.; An Anthology of Contemporary Malaysian Literature, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 413 hlm.; The Mind of The Malay Author, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991, 178 hlm.; Syair Tentang Singapura Abad Kesembilan Belas, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994, 127 hlm.; Sulalatus al-Salatin (Sejarah Melayu), Kuala Lumpur: Yayasan Karya Agung, 1997, 338 hlm.
Esei/Kritikan :
Kritikan Sastera di Malaysia (antologi bersama), Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, 1974, 187 hlm.; Bahasa Kesusasteraan dan Kebudayaan (antologi bersama), Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, 1976, 338 hlm.; Kesarjanaan Melayu (antologi bersama), Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan Belia dan Sukan, 1977, 368 hlm.; Penulisan Kreatif (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1980, 92 hlm.; Imej dan Cita-cita: Kertas Kerja Hari Sastera 1980 (antologi bersama), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, 87 hlm.; Cermin Diri, Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd., 1986, 208 hlm.
Terjemahan :
Teori Kesusasteraan: Satu Pengenalan/Terry Eagleton, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1988, 264 hlm.; Salju Musim Bungal Yukio Mishima, Kuala Lumpur: Yayasan Penataran Ilmu, 1990, 624 hlm.

Sajak Pengait Tua

Seorang wanita usang
hampir terlipat di bangku pantai
kakinya terbenam
di warna pasir kasar

Dengan benang putih
dijalinkan
masa sudahnya
dan dengan benang hitam
dia mengikat
pucuk, ranting dan kelopak
bunga mimpinya
anak yang jauh
sepi-rindu malam hari
cucu yang tak tiba
waktu dicita
seharian dia di bangku kecil hijau
dai mengait dunianya.

Laman Web Rasmi: http://muhammadhajisalleh.com/
Sumber: Dewan Bahasa Dan Pustaka

Dato’Dr.Usman Awang




Bak kata pepatah Melayu, “harimau mati meninggal belang, manusia mati meninggalkan nama.” Biarpun hampir sedekad beliau pergi meninggalkan kita, namun dari lembaran karya-karya agung yang dinukilkan, kehadirannya tetap dirasai. Semasa hayatnya, beliau terkenal sebagai seorang penyair hebat dan ahli drama yang prolifi k. Tongkat Warrant, Adi Jaya, Atma Jiwa, Setiabudi, antara nama pena beliau yang termasyhur. Beliau yang dimaksudkan ialah Allahyarham Dr. Dato’ Usman Awang.
Meniti Ranjau Kehidupan
Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya kepada Usman Awang. Tokoh ini dilahirkan pada 12 Julai 1929 di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor Darul
Takzim. Ibunya, Halimah, meninggal dunia sewaktu beliau kecil lagi. Ayahnya seorang nelayan yang mencari dan menjual rotan pada waktu musim tengkujuh. Usman Awang menerima pendidikan setakat darjah enam Sekolah Melayu sahaja. Faktor kemiskinan tidak mengizinkannya mengecap kejayaan yang lebih baik. Beliau pernah menuntut di daerah Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940). Ketika Jepun melanda Malaya pada tahun 1942, Usman Awang memerah keringat sebagai seorang anak tani di Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun selama enam bulan di Singapura.
Beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Beliau pernah menjadi ‘budak pejabat’ di Pejabat Tali Air Segamat. Kemudian memasuki Pasukan Polis Jepun (Botai), tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan, pihak Jepun menyerah kalah. Selepas itu, Usman Awang menjadi anggota polis apabila Inggeris kembali memerintah semula pada tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka.
Melangkah ke Dunia Persuratan Melayu
Pada tahun 1951, beliau berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf di Melayu Raya selama enam bulan. Beliau kemudian menjadi seorang pemberita. Sesudah itu beliau bekerja di Mingguan Melayu sebagai sidang pengarang. Pada tahun 1952, Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak. Beliau diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalah Mastika selepas itu.
Pada tahun 1962, Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan. Kemudian beliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatan pertamanya ialah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan Bahasa. Kemudian beliau menjadi pengarang majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera, dan Dewan Budaya. Bermula pada Mei 1982,beliau menjadi Ketua Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera sehingga bersara pada bulan Julai 1985.
Antara Karya Hebat
Usman Awang mula mencipta nama dalam dunia persuratan Melayu moden dengan penulisan sajak. Sajak-sajaknya sentiasa segar, kukuh serta akrab dengan akar budi Melayu dan perikemanusiaan. Lantaran keistimewaan yang ada dalam sajaknya yang menarik, ia acap kali menjadi pilihan anak-anak sekolah juga masyarakat awam dalam sebarang upacara mendeklamasi sajak. Antara sajaknya yang cukup popular ialah Pak Utih, Ke Makam Bonda, Nasib Buruh, Bunga Popi, Gadis Di Kuburan, dan Salam Benua. Manakala novel penulisannya yang masyhur sehingga kini ialah Tulang-tulang Berserakan. Begitu juga dengan cerpennya yang hebat seperti Untuk Malaya Merdeka, Turunnya Sebuah Bendera, Kami Yang Terlibat dan sebagainya. Di samping itu, drama beliau yang bertajuk Muzika Uda dan Dara, Degup Jantung, Malam Kemerdekaan, Tamu Di Bukit Kenny, Matinya Seorang Pahlawan – Jebat, Serunai Malam turut dipentaskan.
Petikan esiswa Ogos 2009

Prosa Air Mata

Bahawasanya air mata
tiadalah ia memilih tempat untuk jatuh…
tidak pula memilih waktu untuk menitis…

Air mata adalah kepunyaan bersyarikat…
dipunyai oleh orang-orang melarat yang tinggal
di dangau-dangau yang buruk oleh tukang sabit yang masuk
ke padang yang luas dan ke tebing yang curam,
dan juga oleh penghuni-penghuni gedung-gedung yang permai
dan istana-istana yang indah.
Bahkan di situ lebih banyak orang menelan ratap dan memulas tangis.
Luka di jiwa yang mereka hidapkan, dilingkung oleh tembok dinding
yang tebal dan tinggi, sehingga yang kelihatan
oleh orang luar atau yang mereka ketahui hanya
senyuman saja,
padahal senyum itu penuh dengan kepahitan

Uda dan dara
Uda dan dara
Bersumpah keramat cinta
Wajah seri terukir
Berbiduk hilir kasih

Uda dan dara
Bersanding tak berpelamin
Tempat yang berwali
Di laut malam saksi
Daraku nantikan abang
Emas ringgit membakar kita
Uda hamba tunggu angin lalu

Uda dan dara
Bersanding di pusara
Nisan yang bersabda
Keramat kisah cinta

Pahlawan Kemerdekaan
(Kepada Pahlawan Pahang)

PAHLAWAN
jika hilangmu tanpa pusara
jika pusaramu tanpa nama
jika namamu tanpa bunga
penjajah mengatakan engkau derhaka
maka engkaulah pahlawan yang sebenarnya

Gema seabad silam
Inggeris datang meredah Pahang
bersama peluru bersama senapang
membunuh menangkap setiap pejuang

Sungai Semantan berubah merah
bukan sarap hilir ke kuala
bukan rakit mudik ke hulu
arus merahnya menjulang mayat
pahlawan bangsa pahlawan rakyat
tujuh liang dadanya tersayat

Pahlawan!
Untukmu derita untukmu penjara
bukan bintang tersemat di dada
semangatmu api negara berdaulat
namamu terukir di jantung rakyat.

Salam Benua
I
MEREKA memisahkan kita
pasport visa wilayah segala tempoh nama
mereka merompak kita dengan undang-undangnya
peluru dikirimkan dalam bungkusan dollarnya
kita dipaksa memilih salah satu
dan kita mesti memilihnya
tiada jalan lain
II
Telah saudara pilih senapang dan peluru
banyak pemimpin memilih dollarnya
untuk ini saudara membasahi baju
rumput-merah sungai-merah
tangis anak-anak
darah rakyat tertindas
III
Saudara memerah kaktus melumat batu
menjadikannya minuman makanan
gadis-gadis bekerja debu pasir dandanannya
anak-anak kecil menyandang senapang
saudara menghitamkan langit menyelubungi
saluran minyak
setengahnya menyanyi di penjara
untuk pembebasan Palestin
IV
Kami bertatih di sawah semakin kering
petani-petani mulai menebang hutan dara
permulaan kecil pada ketenangan segumpul awam
ketenangan yang di belakangnya memangkas kami
yang sedikit ini sedang belajar
dari tiap pengalaman saudara
dan pengalaman sendiri
kami memampatkan gerhana bulan mei
pada tujuan tempat
nusantara ini
V
Salam
tanpa visa
pasport
golf
warna
kemanusiaan rakyat
seluruh benua
Usman Awang
1970

English Translation: Greetings to the Continent
I
They separate us
the passports visas frontiers all names for barriers
they rob us with their laws
sending bullets wrapped in dollars
forcing us to choose
and choose we must
there is no other way
II
Friend, you have chosen guns and bullets
many leaders prefer their dollars
for this you must soak your clothes
red grass, red river
children’s weeping
the blood of the exploited
III
You squeeze cactus and grind stones
to make food and drink
girls toil decorated in dust
little children sling on their weapons
you darken the sky with exploding pipelines
others sing in prisons
for the freedom of Palestine
IV
We strive in drying rice fields
daring peasants have begun to clear the virgin jungle
small beginnings in a cloudlike calmness
a calmness that nips us in the bud
we the few are still learning
from all your experiences,
and our own
we shall consolidate the May eclipse
at the true target
of this archipelago
V
Greetings
without visa
passport
golf
colour
to humanity, people,
of all continents.
1970

(Translated by Muhammed Hj Salleh)
Sumber : Penyair Dunia
http://penyair.wordpress.com

Dharmawijaya

Tokoh penyair negara, Kamaruzzaman A. Kadir atau lebih dikenali dengan nama pena Dharmawijaya meninggal dunia di Hospital Seremban pada April 2005 akibat kanser paru-paru.
Allahyarham yang berasal dari Kampung Talang, Tanjung Ipoh, Kuala Pilah meninggalkan seorang isteri, Zaini Ma’aya, tiga orang anak iaitu Susilawati, Asrul Effendi dan Iza Hairani.
Jenazah Allahyarham dikebumikan di Makam Haji Said.
Allahyarham yang memiliki ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Malaya pada tahun 1981 pernah menjadi guru bahasa dan kesusasteraan Melayu di sekolah menengah; pembantu penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka (1971-1972) dan; pensyarah (1981-1986) dan Profesor Madya (1987-1994) di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Allahyarham bertugas di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM sebagai Sarjana Tamu sejak tahun 1996 sehingga meninggal dunia.
Selain seorang penyair, Allahyarham juga adalah seorang penulis esei dan kritik sastera terutama puisi.
Allahyarham pernah memenangi hadiah sastera Malaysia pada tahun 1971, 1976 serta 1982/83 dalam bahagian puisi.
Allahyarham menerima anugerah penulis Asia Tenggara (SEA Write Award) di Bangkok, Thailand pada tahun 1993, anugerah penyair GAPENA pada tahun 1999 dan anugerah pujangga, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada tahun 2002.
Beberapa buah buku kajian Allahyarham mengenai puisi yang telah diterbitkan ialah Nasionalisme dalam Puisi Melayu Moden 1933-1957 (1982) yang turut memenangi Hadiah Sastera Malaysia 1982/83 dalam bahagian buku kajian sastera moden terbaik; Tanggapan dan Kaedah Pengajaran Puisi (1987); Berkenalan Puisi (1987), Pemahaman dan Penghayatan Puisi (1992) serta Dunia Puisi Dalam Penelitian dan Pengajaran (1992) dan edisi yang sama dikemaskini pada 1998.
Turut diterbitkan ialah tiga buah kumpulan pusi persendiriannya iaitu Warna Maya (1974), Derita Buana (1992) dan Jejak Kembara (1999).
Di samping itu, Allayharham adalah penyusun antologi puisi Di Penjuru Matamu (1975) dan Bunga Gerimis (1986) yang pernah menjadi buku teks Kesusateraan Melayu di sekolah-sekolah menengah; Lagu Kehidupan (1983), Bintang Mengerdip (1984), Puisi Sepanjang Zaman (1989) dan Gurindam Alam (1994) yang menjadi rujukan umum dan di institusi-institusi pengajian tinggi.


Di Rumah Cinta

Setiap kali ku kunjungi
rumah cinta ini
kurasakan pintu takwa
semakin membukakan
sinar makna
kandil wahyu
titian keagungan-Mu………..

(Dharmawijaya,1992)

Sajak Segalanya Padamu Ibunda

Masa silam yang terpendam
di suram matamu
merantai badai beban waktu
kutahu
kau masih berupaya
meniduri hamparan duka.

Masa kini yang terukir
di senyum ramahmu
mendepani gementar siang gelisah malam
kutahu
kau adalah ladang segala kesabaran
tegak teguh merimbuni pohon ketabahan.

Masa depan yang terpancar
di nyala dadamu
kutahu
kau tak rela daun-daun harapan
gugur luruh menampar genggaman.

(Dharmawijaya, Dewan Sastera, Oktober, 1979)

Sajak Warna Maya

Derita itu
sangkar madu
anak-anak manusia
bercitawaja.

Bahagia itu
angin debu
anak-anak manusia
penagih kurnia.

Berita-bahagia
adalah warna maya
pantai dan lautnya
dada
kembara!
Pintaku Padamu

Oktober 4, 2007

Kalau esok kasih kita `kan hancur jua

usah ditaburi bumi ini dgn air mata
dunia bukan semata milik org bercinta
hidup jua bukan semata utk berlagu kecewa

di bawah mentari pagi demikian jernihnya
hayunkan gagah langkahmu sepenuh khidmat
usapi kesetiaan hati seluruh umat

Kalau esok jua hidup dijenguk kematian
usah ditangisi sepinya tanah kelahiran
nyanyikan lagu perindu ke wajah Tuhan
tanda hatimu setia dlm usia pengembaraan

tau-taulah di bintang satu
di hari hidup kita mengejar bahagia dlm sengsara
di hari mati kita mengira pahala dan dosa

(1963)

Pada Waktu-Waktunya

Kalaulah gelisah membelah
tenteram dadamu
teguh-teguhkanlah
langkah perkasamu
membenamkan duka
di jalan terbuka

Kalaulah sepi meningkah
hayat kudratmu
cekal-cekalkanlah
lelah relamu
melemparkan risau
di angin pulau

Kalaulah hampa mencecah
pinta sentosamu
tenang-tenangkanlah
gementar hatimu
bagai musafir
mengucup takdir

1981

Di Ruang Gemanya

Telah kurangkumkan rebah setiaku
pada setiap pilu dan rindu
melayang dan mengembang
ke hayat gemilang.

Sejak itu
tidak kukesal lagi
goda dan duga
di gerimis senja.

Telah kupahatkan lelah umurku
pada setiap kerikil dan debu
datang dan menghilang
ke hujung kenang.

Sesudah itu
tidak kukenal lagi
hampa dan derita
di guruh pagi.

Gerimis senja guruh pagi
adalah titipan maya
bakal kukongsikan hati
mengukir tadbir di ruang gemanya.

Sumber : Penyair Dunia
http://penyair.wordpress.com